Lokasi Kampung Gedong

11:00 PM


Kampung Gedong terletak kira-kira 90 km dari BandarayaKuching. Dari Pekan Serian, perjalanan menuju ke kampung ini adalah sejauh 38 km dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Kampung Gedong telah wujud sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Ketika itu hanya terdapat 10 orang penduduk sahaja yang membina penempatan di sini. Pekerjaan utama penduduk pada masa itu ialah nelayan, namun beralih ke tanaman padi selepas mengetahui tanah kampung subur dan sesuai untuk pertanian.

Penempatan penduduk mula berkembang dengan kehadiran masyarakat nomad yang mula menetap bersama pendudukkampung. Kini, Kampung Gedong terus berkembang menjadi sebuah perkampungan yang besar dan pesat membangun.Selain memiliki klinik desa, Kampung Gedong turut dilengkapi dengan kemudahan prasarana lain seperti Pondok Kecil Polis,dewan serbaguna dan perpustakaan desa.

Paling menarik, Kampung Gedong mempunyai Pentas UdaraAmpheteater untuk kemudahan para belia menjalankan aktiviti kebudayaan.Suatu ketika dahulu, Kampung Gedong pernah menjadi tarikan penduduk sekitar yang ingin melihat keunikan "Benak" ataupun ombak sungai. Namun kini, “benak” tidak lagi kelihatan kerana faktor hakisan serta penebatan sungai. "Benak" terjadiapabila berlaku pertembungan arus di antara dua sungai yang menyebabkan air sungai menjadi pasang dan berombak deras secara tiba-tiba.

Video Ombak BENAK

0 comments:

Powered by Gedong.. Powered by Blogger.