Asal Usul Kampung Gedong

10:36 PM




Kampung Gedong telah wujud sejak 1,000 tahun dahulu. Ia bermula daripada penghijrahan masyarakat nomad yang menemui kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Bermula dari itu, kampung tersebut terus dijadikan  penempatan penduduk sehingga ke hari ini.

Menurut sejarah,  perkataan Gedong berasal dari perkataan "Gudang". Pada asalnya, gudang adalah tempat untuk menyimpan hasil padi, namun telah dirampas oleh kumpulan lanun untuk menyimpan harta karun mereka.

Dipercayai, masih terdapat peninggalan harta karun yang terkumpul di gudang ini seperti tembikar, syiling emas dan perak, bunga emas dan pinggan mangkuk  yang berharga. Sehingga kini, tapak bekas peninggalan gudang tersebut masih wujud. Bukti sejarah menjadi semakin kukuh setelah penduduk kampung menemui beberapa artifak lama. Kebanyakan artifak yang ditemui telah dihantar ke Muzium Negeri Sarawak.

Sejarah juga membuktikan bahawa gedung simpanan tersebut terletak di Ujud Bungin iaitu di Sungai Batang Sadong. Daripada peristiwa itu, penduduk-penduduk mendapat ilham untuk mencantumkan dan memendekkan perkataan "Gudang" dan "Sadong" menjadi Gedong. Semenjak itu, kampung ini diberi nama Kampung Gedong.

Dipercayai, penduduk asal Kampung Gedong adalah berketurunan Melanau. Sehingga kini masih terdapat bekas tapak penempatan mereka di  Lubuk Melanau  yang terletak tidak jauh dari tebing sungai di kampung.

0 comments:

Powered by Gedong.. Powered by Blogger.