DIKemakini : Tragedi Bot Ekspress Karam Di Belaga

8:03 AM 0 Comments

Update:


8:00pm



Penduduk Sekitar Rumah panjang membantu mencari dan menyelamat.


Beliau berkata pihak berkuasa percaya kira-kira 20 penumpang masih hilang, selepas temu bual dengan ahli keluarga dan mangsa.

Menurut beliau, bot ekspres, yang mempunyai kapasiti 74 penumpang, mungkin telah memukul batu sebelum ia tenggelam. Satu lagi pasukan polis dan paramedik dari Kapit dijangka tiba di Belaga sekitar pukul 7 malam.



Kelihatan Bangkai Bot Ekspress yang tengelam.


7:15PM : 2 Mayat dijumpai termasuk seorang wanita mengandung sebentar tadi .


Gerakkan carian besar-besaran dan operasi menyelamat yang melibatkan Jabatan dan sukarelawan dari Belaga, Kapit dan Bintulu dan Sibu polis, Bomba dan Penyelamat telah dilancarkan.

"Yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari kawasan hulu Sungai Balui, tidak jauh dari Empangan Bakun, di Kapit. Mereka adalah kira-kira sejam dari bandar Belaga apabila bot mereka karam."Ia tidak jelas berapa ramai orang yang berada di atas kapal. 

Menurut mangsa, terdapat sekurang-kurangnya seratus penumpang di atas kapal dengan ramai daripada mereka duduk di atas bumbung bot.

Anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian.


6:10pm

Pihak polis mengesahkan bahawa 181 penumpang telah terselamat dalam insiden sebuah bot ekspres karam dalam perjalanan dari Belaga menuju ke Kapit pagi tadi.

Pada pukul 5 petang, ketua polis daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata 23 lagi masih hilang.

"Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,"

Semua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di dua rumah panjang berhampiran, Uma Panjang Tanjung dan Uma Panjang Dari.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan punca kemalangan tersebut adalah akibat terlebih muatan dan terlanggar batu di bahagian belakang.

Laporan lain menyebut usaha mencari dan menyelamat diteruskan dengan bantuan penduduk dari dua buah rumah panjang berhampiran.

Pasukan polis bersama-sama anggota paramedik juga dilaporkan mula bergerak ke tempat kejadian dan dijangka akan tiba kira-kira jam tujuh petang nanti.




4:00pm





Antara mangsa yang selamat berenang ke tebingan sungai. Kini usaha mencari mangsa yang hilang masih giat diusahakan. Laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang meninggal dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.


3:04 pm

Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri, Liwan Lagang merupakan antara saksi terawal tragedi bot ekspres yang karam di Belaga, Sarawak pagi ini.

Liwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga berkata, bot yang karam dipercayai terlanggar batu itu dikesan beliau pada pukul 9.47 pagi ini.

"Sewaktu itu saya berada dalam helikopter untuk ke Kuching dan nampak ada bot yang karam, saya arahkan juruterbang untuk mendarat di kawasan berhampiran.

"Saya minta bantuan penduduk setempat untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat dan semua mangsa yang selamat ditempatkan di sebuah rumah panjang berhampiran," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan angka mangsa yang terselamat dalam kejadian berkenaan.


Akan Di Update lagi....

Update Gambar Mangsa Terselamat Bot Ekspress Karam Di Belaga

4:16 PM 0 Comments

Gambar mangsa yang terselamat!



Antara mangsa yang selamat sempat berenang ke tebingan sungai. usaha mencari mangsa yang hilang masih giat dijalankan. Menurut laporan tak rasmi seramai 181 orang terselamat, 21 orang maut dan salah seorang daripadanya adalah seorang perempuan yang mengandung.

Gambar Bot Ekspres Karam Di Belaga Sibu Sarawak

3:42 PM 0 Comments

Gambar bot ekspres karam dan terbalik di Belaga Sibu Sarawak. Punca kejadian adalah disebabkan bot yang sarat dengan penumpang sempena perayaan Hari Gawai. Kejadian tersebut juga berlaku berlaku pada awal 8.30 pagi tadi dan karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan. Kepada mangsa yang terkorban, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Gambar Bot Ekspres Karam pagi tadi 28 Mei 2013

bot karam

Petikan Akhbar

Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian. Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata ‘Bot Ekspres Bakun Mas’ itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi. Turut dilaporkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu. Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

Suasana Sebelum Perjalanan

bot karam2


p/s : Semoga keluarga mangsa banyak2 bersabar...

Sarawak Goverment Dolar Paper Money Collection

10:08 AM 0 Comments

Pernahkah atau tahukah anda bahawa Negeri Sarawak suatu ketika dahulu tidak menggunakan Ringgit Malaysia dalam segala jenis bentuk perniagaan yang dijalankan ? , sebelum memasukki dan bergabung dengan Malaya atau disebut semenanjung Malaysia pada kini , Sarawak mengunakan Dolar Bristish pada masa itu dan daripada pemerintahan James Brooke ataupun dikenali sebagai Raja Putih bagi kalangan penduduk di Kepulauan Borneo terutamanya Sarawak .

Dan disini Mr J ingin memaparkan sebilangan duit kertas lama Dolar of Goverment Sarawak pada ketika itu .











Sedikit sebanyak mengenai Sarawak daripada wikipedia dibawah:
Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
Sir James Brooke (29 April 1803 - 11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.
Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.
Dia mencuba untuk berdagang di Timur Jauh tetapi tidak begitu berjaya. Pada tahun 1835, ayahnya meninggal dunia dan meninggalkan harta berjumlah £30,000, di mana dia menggunakan duit itu untuk membeli sebuah kapal bernama the Royalist. Selepas belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama di mana dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Dayak menentang Kesultanan Brunei. Dia membantu Sultan Brunei menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei.
James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.
Brooke menjadi tumpuan selepas kntroversi mengenai dirinya timbul. Selepas satu penyiasatan dijalankan Brooke didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan tersebut. namun demikian perkara ini menghantui Brooke.
Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868, selepas tiga kali serangan strok dalam tempoh 10 tahun. Dia diganti oleh anak saudaranya iaitu Charles Brooke untuk menjadi Raja Putih kedua Sarawak.


Bunyi ‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Sarawak Dapat Perhatian Dunia

2:04 PM 0 Comments


Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
sila rujuk di sini : http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Ini bunyi yang berjaya direkodkan oleh salah seorang penduduk:


Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA).

DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.

IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya – Oleh SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)

Lombak Benak Masih Popular Di Kampung Gedong

12:09 PM 1 Comments

 
Gambar Sungai Batang Sadong masih surut


 Pada saat "Benak Pecah" kayuhan tangan adalah penting untuk mengimbangi kelajuan "benak" supaya dapat meluncur bersama "Benak".


"KING" dapat meluncur bersama dengan "Benak" sambil mengibar Jalur Gemilang ( 1Malaysia ) u're rocks baybeh!!


"KING" selamanya .\m/


Kepuasan "lombak benak" terpancar pada wajah surfer-surfer benak Kampung Gedong.


Masih aku teringat semasa aku masih sekolah menengah dahulu, aktiviti lumba benak, nyabung benak ( lombak benak ) menjadi satu hobi yang paling berharga dalam hidup aku. Walaupun kekadang tertinggal oleh benak dan kadang-kadang "King" ( bermaksud meluncur bersama ombak benak ) tetapi kemunculan ombak tersebut sering dinanti-nati oleh anak-anak Kampung Gedong tidak kira awal pagi sebelum subuh mahupun malam menjelma bertemankan lampu suluh. Semasa aku search bahan untuk aku nak letak kedalam blog ini, aku terjumpa seseorang yang upload gambar-gambar "benak" di laman web flickr.com. Secara tidak lansung aku nak meminjam gambar-gambar ini untuk diletakkan kedalam blog ini. Gambar-gambar ini kepunyaan rat4one yang diupload ke web tersebut.


Pada pendapat aku, ombak benak yang terdapat pada Kampung Gedong harus dijadikan satu aktiviti tahunan seperti yang terdapat di Sri Aman. Di Kampung Gedong, terdapat penduduk kampung yang masih lagi melakukan aktiviti "Lombak Benak" tidak mengira waktu ataupun musim. Maknanya benak di Kampung Gedong lebih best berbanding benak yang terdapat di tempat lain. Inilah antara aktiviti penduduk Kampung Gedong yang tidak akan dilupakan oleh generasi lama mahupun generasi baru.

Aku bangga menjadi anak jati Kampung Gedong!!

Gambar BANJIR Di Kuching

8:40 AM 0 Comments

Banjir Oh Banjir!!








Update Gambar Mengenai Mangsa Lemas


Sehingga kini, mangsa masih tidak ditemui.

Bandaraya Kuching Dilanda Banjir

1:41 PM 0 Comments



Gambar yang diambil dari Borneopost mengenai banjir di bandar Kuching pada 5 Disember 2012.





Gambar ini berkenaan kerja - kerja mencari dan menyelamat 2 mangsa lemas iaitu seorang pekerja stesen minyak berhampiran di mana pekerja terbabit cuba menyelamatkan seorang budak perempuan yang tergelincir ke dalam longkang. Bagaimanapun kelibat kedua - kedua mangsa terus tidak kelihatan kerana dibawa oleh arus deras di dalam longkang tersebut.

Hujan semalaman telah membawa kepada kejadian banjir kilat di sekitar kawasan Bandaraya Kuching pada 05 Disember 2012. Dan ini telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk dari Serian ke Bandaraya Kuching kerana terdapat beberapa kawasan telah mengalami banjir kilat dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.

Lokasi Kampung Gedong

11:00 PM 0 Comments


Kampung Gedong terletak kira-kira 90 km dari BandarayaKuching. Dari Pekan Serian, perjalanan menuju ke kampung ini adalah sejauh 38 km dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Kampung Gedong telah wujud sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Ketika itu hanya terdapat 10 orang penduduk sahaja yang membina penempatan di sini. Pekerjaan utama penduduk pada masa itu ialah nelayan, namun beralih ke tanaman padi selepas mengetahui tanah kampung subur dan sesuai untuk pertanian.

Penempatan penduduk mula berkembang dengan kehadiran masyarakat nomad yang mula menetap bersama pendudukkampung. Kini, Kampung Gedong terus berkembang menjadi sebuah perkampungan yang besar dan pesat membangun.Selain memiliki klinik desa, Kampung Gedong turut dilengkapi dengan kemudahan prasarana lain seperti Pondok Kecil Polis,dewan serbaguna dan perpustakaan desa.

Paling menarik, Kampung Gedong mempunyai Pentas UdaraAmpheteater untuk kemudahan para belia menjalankan aktiviti kebudayaan.Suatu ketika dahulu, Kampung Gedong pernah menjadi tarikan penduduk sekitar yang ingin melihat keunikan "Benak" ataupun ombak sungai. Namun kini, “benak” tidak lagi kelihatan kerana faktor hakisan serta penebatan sungai. "Benak" terjadiapabila berlaku pertembungan arus di antara dua sungai yang menyebabkan air sungai menjadi pasang dan berombak deras secara tiba-tiba.

Video Ombak BENAK

Asal Usul Kampung Gedong

10:36 PM 0 Comments




Kampung Gedong telah wujud sejak 1,000 tahun dahulu. Ia bermula daripada penghijrahan masyarakat nomad yang menemui kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Bermula dari itu, kampung tersebut terus dijadikan  penempatan penduduk sehingga ke hari ini.

Menurut sejarah,  perkataan Gedong berasal dari perkataan "Gudang". Pada asalnya, gudang adalah tempat untuk menyimpan hasil padi, namun telah dirampas oleh kumpulan lanun untuk menyimpan harta karun mereka.

Dipercayai, masih terdapat peninggalan harta karun yang terkumpul di gudang ini seperti tembikar, syiling emas dan perak, bunga emas dan pinggan mangkuk  yang berharga. Sehingga kini, tapak bekas peninggalan gudang tersebut masih wujud. Bukti sejarah menjadi semakin kukuh setelah penduduk kampung menemui beberapa artifak lama. Kebanyakan artifak yang ditemui telah dihantar ke Muzium Negeri Sarawak.

Sejarah juga membuktikan bahawa gedung simpanan tersebut terletak di Ujud Bungin iaitu di Sungai Batang Sadong. Daripada peristiwa itu, penduduk-penduduk mendapat ilham untuk mencantumkan dan memendekkan perkataan "Gudang" dan "Sadong" menjadi Gedong. Semenjak itu, kampung ini diberi nama Kampung Gedong.

Dipercayai, penduduk asal Kampung Gedong adalah berketurunan Melanau. Sehingga kini masih terdapat bekas tapak penempatan mereka di  Lubuk Melanau  yang terletak tidak jauh dari tebing sungai di kampung.

Powered by Gedong.. Powered by Blogger.