Lokasi Kampung Gedong

11:00 PM 0 Comments


Kampung Gedong terletak kira-kira 90 km dari BandarayaKuching. Dari Pekan Serian, perjalanan menuju ke kampung ini adalah sejauh 38 km dan mengambil masa lebih kurang 30 minit.Kampung Gedong telah wujud sebelum zaman penjajahan Jepun lagi. Ketika itu hanya terdapat 10 orang penduduk sahaja yang membina penempatan di sini. Pekerjaan utama penduduk pada masa itu ialah nelayan, namun beralih ke tanaman padi selepas mengetahui tanah kampung subur dan sesuai untuk pertanian.

Penempatan penduduk mula berkembang dengan kehadiran masyarakat nomad yang mula menetap bersama pendudukkampung. Kini, Kampung Gedong terus berkembang menjadi sebuah perkampungan yang besar dan pesat membangun.Selain memiliki klinik desa, Kampung Gedong turut dilengkapi dengan kemudahan prasarana lain seperti Pondok Kecil Polis,dewan serbaguna dan perpustakaan desa.

Paling menarik, Kampung Gedong mempunyai Pentas UdaraAmpheteater untuk kemudahan para belia menjalankan aktiviti kebudayaan.Suatu ketika dahulu, Kampung Gedong pernah menjadi tarikan penduduk sekitar yang ingin melihat keunikan "Benak" ataupun ombak sungai. Namun kini, “benak” tidak lagi kelihatan kerana faktor hakisan serta penebatan sungai. "Benak" terjadiapabila berlaku pertembungan arus di antara dua sungai yang menyebabkan air sungai menjadi pasang dan berombak deras secara tiba-tiba.

Video Ombak BENAK

Asal Usul Kampung Gedong

10:36 PM 0 Comments




Kampung Gedong telah wujud sejak 1,000 tahun dahulu. Ia bermula daripada penghijrahan masyarakat nomad yang menemui kawasan tanah yang sesuai untuk tanaman padi. Bermula dari itu, kampung tersebut terus dijadikan  penempatan penduduk sehingga ke hari ini.

Menurut sejarah,  perkataan Gedong berasal dari perkataan "Gudang". Pada asalnya, gudang adalah tempat untuk menyimpan hasil padi, namun telah dirampas oleh kumpulan lanun untuk menyimpan harta karun mereka.

Dipercayai, masih terdapat peninggalan harta karun yang terkumpul di gudang ini seperti tembikar, syiling emas dan perak, bunga emas dan pinggan mangkuk  yang berharga. Sehingga kini, tapak bekas peninggalan gudang tersebut masih wujud. Bukti sejarah menjadi semakin kukuh setelah penduduk kampung menemui beberapa artifak lama. Kebanyakan artifak yang ditemui telah dihantar ke Muzium Negeri Sarawak.

Sejarah juga membuktikan bahawa gedung simpanan tersebut terletak di Ujud Bungin iaitu di Sungai Batang Sadong. Daripada peristiwa itu, penduduk-penduduk mendapat ilham untuk mencantumkan dan memendekkan perkataan "Gudang" dan "Sadong" menjadi Gedong. Semenjak itu, kampung ini diberi nama Kampung Gedong.

Dipercayai, penduduk asal Kampung Gedong adalah berketurunan Melanau. Sehingga kini masih terdapat bekas tapak penempatan mereka di  Lubuk Melanau  yang terletak tidak jauh dari tebing sungai di kampung.

Hello World!!

9:41 PM 0 Comments



Pada satu ketika, kampung Gedong bukanlah satu nama kampung yang asing lagi bagi penduduk di sekitar Kuching mahupun di Sarawak. Sebut sahaja nama Kampung Gedong semestinya terkenal dengan hasil padi dan beras iaitu Beras Gedong keluaran BERNAS. Tidak kurang juga sungainya yang mempunya fenomena BENAK dan juga cerita - cerita tentang keganasan buaya Batang Sadong yang sering menjadi sebutan penduduk kampung.

Apa salahnya jika wujudnya blog ini untuk sekalian penduduk Kampung Gedong untuk turut serta maju di bawah arus internet dan juga multimedia pada zaman IT yang sedang meningkat di Malaysia khususnya di Sarawak juga. Cukup setakat ini perkenalan mengenai blog Kampung Gedong ini, pada arus masa yang akan datang blog ini akan berkongsi maklumat mengenai Kampung Gedong dan juga arus pembangunan yang dikecapi oleh penduduk Kampung Gedong.

Sekian saja dari saya....

Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini.

Powered by Gedong.. Powered by Blogger.